Samsung Wallet Mula Tersedia Buat Pengguna Di Malaysia
Menerusi kemaskini baru-baru ini, perkhidmatan Samsung Wallet akan diperluaskan lagi ke beberapa pasaran lain termasuklah Malaysia. Berkongsi lebih lanjut, Samsung memberitahu bahawa perkhidmatan tersebut sudah mula tersedia buat pengguna di Malaysia. Ini adalah selari dengan pengumuman Samsung sebelum ini yang menyasarkan pengenalannya pada penghujung Januari 2023.
Bagaimanapun, hasil semakan kami menerusi beberapa peranti Samsung sama ada siri Galaxy A dan Galaxy Fold masih belum menemui apa-apa kemaskini untuk perkhidmatan dompet digital ini di kedai aplikasi Samsung Galaxy Store. Samsung turut menyatakan ketersediaan kemas kini yang tepat juga mungkin berbeza mengikut pengguna. Ini bermakna fasa penerimaan adalah secara berperingkat.
Samsung Wallet ialah dompet digital yang membenarkan pengguna peranti Samsung untuk menyimpan pelbagai kad fizikal penting. Ini termasuklah kad pengenalan, kad pembayaran, kunci, pas penerbangan dan sebagainya. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk simpanan aset digital seperti mata wang kripto. Selanjutnya, integrasi SmartThings pula membenarkan kunci pintar turut disimpan menerusinya. Ia juga dilindungi oleh Samsung Knox sebagai lapisan keselamatan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment