Siri Honor Magic5 Dan Magic Vs Versi Global Bakal Diperkenalkan Di MWC 2023
Acara tahunan Mobile World Congress (MWC) bakal membuka tirainya tidak lama lagi. Honor ialah salah satu pengeluar yang turut mengambil bahagian pada tahun ini untuk turut sama hadir dengan beberapa penawaran produk baharu. Enggan terus berteka-teki dan mahu berkongsi dengan jelas, kesemua produk kini dikongsi secara terbuka menerusi poster rasmi.
Dijadualkan berlangsung pada 27 Februari 2023 (jam 8.30 malam waktu Malaysia), siri Honor Magic5 telah disahkan hadir secara rasmi melaluinya sebagai kemas kini untuk barisan peranti mercu oleh Honor. Penggunaan slogan kata “Unleash the Power of Magic” jelas memberi gambaran peranti tersebut akan dilengkapi peningkatan ketara termasuklah dari segi sistem pengimejan kamera mudah alih. Gambaran tiga bulatan dalam susunan segi tiga yang disertakan turut sama menunjukkan sistem tri-kamera mungkin digunakan melaluinya.
Selanjutnya, peranti boleh lipat Honor Magic Vs turut sama diperkenalkan pada acara yang sama. Ini adalah selari dengan pengumuman Honor sebelum ini yang akan membawa masuk peranti ke pasaran global. Ini merupakan peranti boleh lipat kedua daripada Honor yang menawarkan rekaan tubuh nipis, di samping sokongan engsel lebih baik.
Sekiranya perkakasan dalaman adalah sama dengan variasi di China, peranti ini kelak dimuatkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Skrin OLED turut sama digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam bersama kadar segar semula yang tinggi. Kamera 54MP Sony IMX800 + 50MP sudut-lebar + 8MP telefon dan kamera swafoto 16MP juga disertakan pada peranti.
Maklumat lanjut mengenai kesemua peranti yang dinyatakan akan diketahui sepenuhnya selepas dilancarkan kelak. Kemaskini mengenainya akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment