Bill Gates : Kecerdasan Buatan Adalah Inovasi Yang Sangat Penting, Dan Bakal Mengubah Dunia
Bill Gates melalui sebuah temuramah khas berkongsi mengatakan kecerdasan buatan seperti ChatGPT adalah salah satu inovasi yang sangat penting buat masa ini, dan ia bakal mengubah dunia kita.
Aplikasi seperti ChatGPT dan juga penghasilan imej daripada input teks dilihat membolehkan meningkatkan kadar efisien manusia.
Walaubagaimanapun, ia dikatakan buat masa ini ia masih memerlukan kadar perkomputeran yang terlalu tinggi, dan tidak selalunya tepat.
Bill Gates turut menyasarkan kecerdasan buatan boleh meningkatkan kadar efisien dalam bidang kesihatan dan juga pendidikan.
Microsoft, syarikat yang diasaskan oleh Bill Gates sendiri kini dilihat memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan secara meluas. Pada minggu lepas, Microsoft telah umumkan integrasi kecerdasan buatan yang dibangunkan OpenAI pada Bing, Microsoft Edge dan juga Microsoft Teams. Malah, laporan awal mengatakan ia turut akan diintegrasikan pada perkhidmatan seperti Microsoft Office dan Outlook seawal Mac 2023 ini.
Dengan integrasi yang lebih memudahkan tugasan pengguna, semestinya penggunaan kecerdasan buatan akan memudahkan pelbagai tugasan manusia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment