Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Sony Xperia 1 V Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Sony Xperia 1 V Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti


Sebuah peranti akan datang Sony didapati tertiris sebelum ini dalam imej sebenar tular. Didakwa sebagai Sony Xperia 1 V, generasi baharu ini dikhabarkan tidak lagi menyertakan sensor ToF dan infra merah RGB pada bahagian modul kamera. Perkongsian baharu turut memperlihatkan hal yang sama namun gambaran untuk rekaanya kini lebih jelas.

Ia masih mengekalkan rekaan seumpama generasi sebelum ini dengan tubuh berkotak bersama sisi dan skrin hadapan yang rata. Panel belakang juga tampak kemas dengan modul kamera bujur yang memuatkan sistem tri-kamera dan LED Flash. Modul kamera untuk kali ini dijangka lebih menonjol kerana Sony mungkin menggunakan kerangka cerun yang sepadan dengan warna peranti.

Seterusnya sistem imbasan jari sisi masih digunakan pada peranti bagi tujuan sekuriti. Ia juga berfungsi sebagai butang kuasa, di samping turut memuatkan butang laras audio pada sisi yang sama. Seperti biasa, sambungan port USB-C berada di bahagian bawah bersebelahan dengan ruang talam SIM. Bicu audio turut disertakan sebagai nilai tambahan pada peranti kelak.

Tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan setakat ini, namun jangkaan awal adalah sekitar penghujung bulan ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.