Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bing Chat Meningkatkan Had Sesi Dan Mengubah Focus Jawapan Yang Diberikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bing Chat Meningkatkan Had Sesi Dan Mengubah Focus Jawapan Yang Diberikan


Bing Chat yang diumumkan beberapa minggu lalu membolehkan carian Bing yang lebih berbentuk perbualan diberikan. Tidak seperti keputusan carian biasa, Bing Chat mampu memberikan saranan topik yang lebih tepat lengkap dengan pautan kepada laman yang bersesuaian.

Kerana ia digunakan secara meluas, pengguna melaporkan Bing Chat akan mula menawarkan jawapan yang aneh atau tidak relevan semakin lama perbualan dilakukan yang memaksa Microsoft menghadkan pengguna kepada 50 sesi sehari dengan 5 soalan untuk setiap sesi.

Hari ini ia dinaikkan ke 60 sesi sehari dengan 6 soalan untuk setiap sesi. Ini dilakukan selepas mengambil maklum balas dari pengguna yang inginkan sesi perbualan lebih panjang. Microsoft mempunyai perancangan untuk meningkat had ke 100 sesi sehari dalam masa terdekat.

Turut diumumkan ialah pengguna boleh mengubah fokus jawapan yang diberikan oleh Bing Chat. Terdapat tetapan Precise yang memberikan jawapan lebih pendek, Balanced untuk lebih seimbang dan Creative yang akan memberikan jawapan lebih panjang seperti sesi perbualan biasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.