Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony WH-CH720N Dan WH-CH520 Dilancarkan Dengan ANC Serta Bateri 50 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony WH-CH720N Dan WH-CH520 Dilancarkan Dengan ANC Serta Bateri 50 Jam


Fon kepala terbaik keluaran Sony ialah WH-1000XM5 tetapi harganya yang premium membuatkan ia tidak mampu dimiliki ramai. Bagi yang mencari fon kepala nirwayar dengan ciri yang sama seperti XM5 tetapi tidak merobek poket, Sony WH-CH720N dan Sony WH-CH520 telah dilancarkan.

WH-CH720N ialah model yang lebih mercu di antara dua model baharu ini. Ia dilengkapi cip V1 dan Dual Noise Sensor yang digunakan pada XM5. Dengan ini WH-CH720N menawarkan ciri pembatalan hingar aktif ANC yang baik dan pada waktu yang sama dengan kualiti yang tinggi dibantu oleh sistem Digital Sound Enhancement Engine (DSEE).

Menurut Sony, WH-CH720 ialah fon kepala nirwayar dengan ANC paling ringan pernah mereka keluarkan dengan ia seberat 6 auns sahaja Ia dilengkapi bateri yang boleh menawarkan penggunaan selama 35 jam.

WH-CH520 pula ialah model lebih asas tanpa ANC tetapi hadir dengan Digital Sound Enhancement Engine (DSEE) untuk meningkatkan kualiti audio. Tanpa sistem kompleks ia boleh beroperasi sehingga 50 jam dengan sekali caj.

Sony WH-CH720N  dijual pada harga $150 (~RM665) dalam warna hitam, biru dan putih. Sony WH-CH520 pula dijual pada harga $60 (~RM266) juga dalam warna hitam, biru dan putih.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.