Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fon Telinga Oppo Enco Air3 Turut Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fon Telinga Oppo Enco Air3 Turut Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan


Oppo Enco Air2 sebelum ini telah diumumkan dengan ketahanan bateri 24 jam. Di samping masih mengekalkan reka bentul asal generasi pertama. Di mana, fon telinga dari jenis terbuka bertangkai dengan pod pengecas bujur digunakan melaluinya.

Terbaharu variasi kemaskini untuknya dijadualkan tiba di Malaysia pada 7 Februari 2023. Ini adalah selari dengan pengenalan siri Oppo Reno8 T yang kelak tiba dalam dua variasi berbeza. Ini termasuklah peranti dengan sokongan 4G dan 5G terbina.

Tiada harga jualan yang didedahkan untuk fon telinga ini. Tetapi ia kelak hadir dengan pod pengecas lut cahaya dalam pilihan warna White. Bukan itu sahaja, pemandu audio 13.4mm dengan algoritma Oppo Alive Audio digunakan bagi kesan bunyi yang jelas.

Tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.3 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak. pasiti bateri 300mAh digunakan yang boleh bertahan hingga 25 jam dengan pod pengecas. Dalam pada itu, ia juga melepasi penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.