Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Android Kelak Boleh Dijadikan Sebagai Kamera Web Seperti iPhone Dan Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Android Kelak Boleh Dijadikan Sebagai Kamera Web Seperti iPhone Dan Mac


Tahun lepas, melalui macOS Ventura – Apple memperkenalkan ciri Continuity Camera yang membolehkan iPhone dijadikan sebagai kamera web kepada MacBook atau peranti Mac lain melalui cagak khusus MagSafe.

Sebenarnya, sebelum Apple memperkenalkan Continuity Camera ciri lebih kurang sama sudah pun boleh digunakan melalui aplikasi pihak ketiga seperti dari Elgato dan sebagainya. Perkara yang sama turut boleh dilakukan pada peranti Android.

Kini menurut Mishaal Rahman, Google sedang membangunkan ciri ini secara natif terus ke dalam Android. Bermakna akan datang, pengguna hanya perlukan kabel USB-C sahaja untuk membolehkan telefon Android dijadikan sebagai kamera web pada komputer Windows dan mungkin juga pada Mac. Ciri ini popular ketika pandemik, sehingga kamera web turut disokong pada Android TV/Google TV.

Kekurangan pada Android berbanding iPhone dan Mac adalah, Android memerlukan kabel sementara Apple nirwayar. Apa kata anda mengenai ciri ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.