Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya 6000 Unit Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Akan Dijual Untuk Pasaran Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya 6000 Unit Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Akan Dijual Untuk Pasaran Global


Realme telah mengesahkan sebelum ini yang telefon pintar Coca-Cola pertama adalah di bawah mereka melalui peranti Realme 10 Pro 5G. Peranti ini digelar sebagai Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition. Wakil Realme Malaysia turut mengesahkan yang peranti ini akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Hari ini, Realme menyatakan yang Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition hanya akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 6000 unit untuk peringkat global.

Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition hadir dengan skrin 6.7-inci LCD FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 695 5G, memori 8GB RAM + 8GB RAM memori maya serta storan dalaman 256GB. Kamera 108MP dengan ciri Street Photography Mode 3.0, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Harga jualan tempatan untuk peranti ini masih belum didedahkan, tetapi Realme 10 Pro 5G ketika dilancarkan di Malaysia dijual pada harga RM1299. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari Realme nanti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.