Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital


Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan kaedah pendigitalan bermula dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital dan juga Lesen memandu Malaysia Persendirian Digital.

Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ, dan mendaftarkan diri dan kenderaan untuk simpanan dan rujukan.

Ini juga sekaligus membuatkan penggunaan pelekat cukai jalan dan juga lesen memandu fizikal tidak lagi diwajibkan kepada pengguna kereta dan motor persendirian.

Pelaksanaan ini bermula daripada penggunaan kereta dan motor persendirian buat masa ini – dan dijangka akan diperluaskan ke kumpulan lain tidak lama lagi.

Selain daripada pengenalan kedua-dua ini, JPJ dijangka memperluaskan kaedah digital ke beberapa perkara lain dalam masa terdekat.

Bagi para pengguna, anda boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ pada Android dan iPhone hari ini. Selain aplikasi, pengguna juga boleh rujuk ke laman rasmi JPJ.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.