Meta Dilaporkan Merancang Untuk Menghentikan Lebih Ramai Pekerja
Mark Zuckerberg sedia menyatakan akan menjadikan tahun ini sebagai “Tahun Efisien”, sekaligus mengawal pelbagai kos, serta meningkatkan hasil yang dijana.
Selari dengannya, sebelum ini, Meta telah menghentikan 11,000 pekerja dibawah mereka. Kini, hadir laporan mengatakan Meta akan menghentikan lebih ramai pekerja tidak lama lagi.
Ia dikatakan operasi di Meta sendiri kini agak kurang efisien dengan ketiadaan bajet untuk setiap pasukan – serta membuatkan pelbagai pembangunan baharu terhenti atau mengalami kelewatan. Kadar keputusan dibuat juga dikatakan agak lambat berbanding sebelum ini – mengambil masa sehingga sebulan untuk mendapat pengesahan, berbanding beberapa hari sebelum ini.
Mark Zuckerberg telah menyatakan sebelum ini ingin menstruktur kembali organisasi – sekaligus membuang beberapa lapisan pengurusan dalam memastikan keputusan dapat dilakukan lebih pantas.
Meta dijangka mungkin mula mengurangkan pekerja menjelang Mac kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment