Hi! Welcome Back and Stay Tune! TNG Akan Tingkatkan Pengeluaran Kad NFC, Advokasi Berkaitan Fungsi Kad VISA – Tetapi KPDN Merasakan Ia Masih Belum Memadai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TNG Akan Tingkatkan Pengeluaran Kad NFC, Advokasi Berkaitan Fungsi Kad VISA – Tetapi KPDN Merasakan Ia Masih Belum Memadai


Touch n Go sebelum ini telah diminta memberikan maklumbalas berkaitan sejumlah perkara yang dibangkitkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan kini dilihat pihak TNG telah memberikan beberapa penambah-baikkan segera berkaitan dengannya.

Antaranya adalah:

a) Isu kekurangan kad TnG – Syarikat TnG telah membuat penambahan bilangan kad sehingga 3.5 juta pada tahun 2023 berbanding 2.68 juta kad pada tahun 2022;
b) Isu berkaitan notifikasi kad tamat tempoh – Syarikat TnG telah mengambil tindakan dengan menghantar pro aktif/peringatan pra-tamat tempoh kepada pengguna TnG termasuk emel pemakluman
juga di hantar sebulan sebelum kad tamat tempoh. Notifikasi melalui aplikasi e-wallet dan semakan tarikh juga telah di cetak di belakang kad;
c) Isu pemulangan dan bayaran balik baki kad – Pihak TnG akan meneliti dan melaksanakan proses bayaran balik dengan kadar segera kepada pengguna setelah syarikat konsesi melakukan siasatan, pengesahan dan kelulusan.
d) Advokasi berkaitan fungsi Kad Visa TnG – pihak syarikat TnG telah membuat penambahbaikan komunikasi dan pencerahan penggunaan kad visa TnG untuk mengelakkan kekeliruan dengan mempamerkan notifikasi “This is Not TnG Card” sebelum permohonan dilakukan oleh pengguna; dan
e) Penurunan iklan penjualan kad yang tidak berdaftar – syarikat TnG telah mengambil tindakan segera dengan menghantarkan notis rasmi kepada platform e-dagang bagi menurunkan semua iklan penjualan produk TnG yang tidak berdaftar. Notis rasmi juga telah dihantarkan kepada pengendali syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah bagi memastikan mereka mengikuti harga yang ditetapkan termasuk kawalan penjualan 1 kad untuk setiap pelanggan.

Walaubagaimanapun, kerajaan berpandangan inisiatif yang diambil TNG ini masih belum mencukupi. Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus tambahan dengan TNG dalam memberikan tumpuan kepada pelan tindakan dan beberapa perkara berbangkit yang lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.