Pico Yang Dimiliki Oleh Bytedance, Dilaporkan Menghentikan Ratusan Pekerja
Dengan pelbagai syarikat teknologi mengurangkan angka pekerja mereka, syarikat-syarikat yang berpusat di China juga dilihat tidak terlepas. Terbaru, ia dilaporkan Pico, salah satu syarikat yang memfokuskan pembangunan realiti-maya dan metamesta, turut terjejas, dan membuang ratusan pekerja mereka.
Pico sebelum ini telah diambil-alih oleh Bytedance pada tahun 2021 lepas, dan diposisikan sebagai salah satu pesaing untuk Meta dalam arena realiti-maya dan metamesta.
Pico dilihat sebagai salah satu industri yang akan menerima permintaan yang tinggi, selepas kejayaan TikTok yang turut beroperasi dibawah Bytedance.
Malah, Pico bergerak aktif lebih pantas berbanding pesaing lain, dan turut telah mula memasarkan produk mereka untuk pasaran Malaysia.
Pihak Bytedance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya, tetapi ia diperkatakan pekerja yang dihentikan akan diberikan dengan pampasan berdasarkan kepada berapa tahun mereka telah bertugas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment