Hi! Welcome Back and Stay Tune! Unifi Mobile Memperkenalkan Pelan Pascabayar 5G Bermula RM39 Untuk 30GB Data Dan Panggilan Tanpa Had - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Unifi Mobile Memperkenalkan Pelan Pascabayar 5G Bermula RM39 Untuk 30GB Data Dan Panggilan Tanpa Had


Unifi Mobile sebelum ini telah mengemaskini pelan prabayar mereka dengan menyertakan integrasi penggunaan data 5G. Kini, Unifi Mobile turut telah memperkenalkan pelan baharu untuk pengguna pascabayar.

Dua pelan baharu telah mula ditawarkan bermula hari ini, iaitu Uni5G Postpaid 39 pada harga RM39 sebulan, dan Uni5G Postpaid 65 pada harga RM55 sebulan (untuk tempoh promosi sebelum kembali ke RM65 sebulan.

Dibawah kedua-dua pelan ini, ia mengintegrasikan penggunaan data 4G dan juga 5G. Kedua-duanya juga turut menawarkan data hotspot sebanyak 10GB, serta panggilan suara tanpa had.

Membezakannya adalah penawaran data, dimana pelan RM39 menawarkan data sebanyak 30GB, sementara pelan Uni5G Postpaid 65 menawarkan data sebanyak 60GB sebulan.

Sebarang data tambahan ditawarkan pada harga RM15 untuk 5GB, atau RM50 untuk 20GB. Data hotspot tambahan pula ditawarkan pada harga RM30 untuk 10GB.

Bagi anda yang menggunakan pelan Unifi Mobile, apakah pendapat anda berkenaan penawaran baharu pelan pascabayar Unifi Mobile ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.