Spotify Menukar Ikon ❤️ ke ➕ Untuk Menyimpan Lagu Kegemaran
Perubahan kecil dilakukan oleh Spotify pada antaramuka aplikasi mereka bermula hari ini. Ikon hati yang semalam ini digunakan untuk menyimpan lagu ke senarai main digantikan pula dengan ikon “+”. Pengguna menekan ikon ini sekali untuk ia disimpan dalam senarai main “Liked Songs”. Tekan ia sekali lagi untuk memasukkannya ke senarai main lain yang telah dihasilkan oleh pengguna sebelum ini.
Ciri ini bukan sahaja boleh digunakan pada satu lagu malah boleh juga digunakan pada seluruh album, episod podsiar dan buku audio yang ditawarkan dalam Spotify. Butang ” akan diberikan kepada semua pengguna aplikasi Android dan iOS bermula hari ini. Pada platform lagi ia akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.
[sumbr] Sumber – Spotify [/sumber]
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment