Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Ingin Berkongsi Pendapatan Pengiklanan Bersama Pencipta Kandungan – Tetapi Perlu Langgan Twitter Blue Dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Ingin Berkongsi Pendapatan Pengiklanan Bersama Pencipta Kandungan – Tetapi Perlu Langgan Twitter Blue Dulu


Elon Musk hari ini menyatakan yang mana Twitter akan mula berkongsi pendapatan pengiklanan mereka bersama para pencipta kandungan.

Elon mengatakan pendapatan pengiklanan daripada iklan yang dipaparkan pada bebenang Tweet seseorang pengguna tersebut akan dikongsikan bersama. Walaubagaimanapun, pengguna atau pencipta kandungan tersebut perlu melanggan Twitter Blue terlebih dahulu sebelum layak untuk perkongsian pendapatan ini.

Dengan langkah ini, Twitter dilihat ingin mengalakkan lagi pelbagai perkongsian dan interaksi yang berlaku pada platform tersebut – dan pada masa yang sama ingin mengelak orang ramai daripada berpindah ke platform lain.

Walaubagaimanapun, masih terdapat pelbagai persoalan termasuk kadar peratusan perkongsian pengiklanan, papan pemuka untuk pencipta kandungan, dan dimana pencipta kandungan perlu melihat lanjut untuknya. Twitter Blue juga ditawarkan secara terhad di beberapa buah negara sahaja buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.