Unifi Mobile Kurangkan FUP Untuk Pelan “Tanpa Had” Ke 60GB Sebulan, Hotspot Ke 5GB
Telekom Malaysia kini telah mula memaklumkan para pelanggan mereka, menyatakan FUP untuk pelan bulanan prabayar Unifi Mobile “tanpa had” akan ditetapkan kepada hanya 60GB sebulan.
Disamping penurunan pelan tanpa had kepada kuota 60GB sebulan, Unifi Mobile juga akan mengurangkan penggunaan hotspot dari 10GB sebulan ke hanya 5GB sebulan.
Perubahan ini akan diimplementasikan oleh Unifi Mobile bermula 9 Februari 2023 kelak.
Sebelum ini, pada Disember 2022 lepas, TM telah memperkenalkan had FUP kepada pelan tanpa had dengan had penggunaan data sebanyak 100GB, selain had penggunaan hotspot kepada 10GB. Ini adalah penurunan dan pengenalan had kali kedua dalam tempoh 3 bulan.
Selepas habis menggunakan kuota yang disediakan, pelan pengguna akan dihadkan kelajuan kepada 512Kbps sehingga pas diperbaharui.
Perubahan ini mungkin tidak digemari para pengguna, apatah lagi dengan pihak TM baru sahaja melakukan perubahan pada Disember 2022 lepas terhadap pas tanpa had Unifi Mobile Bebas mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment