Adobe Perkenal Perkhidmatan Penjanaan Imej Dari Teks – Adobe Firefly
Dengan pelbagai penawaran untuk menjana imej dari teks sertai integrasi kecerdasan buatan, kini Adobe turut tidak ketinggalan, dan mengumumkan penawaran mereka tersendiri dinamakan Adobe Firefly.
Adobe sendiri sedia mempunyai kepakaran yang meluas dalam bidang pengimejan, tipografi, ilustrasi dan pelbagai aset grafik yang lain. Ini diintegrasikan bersama kecerdasan buatan, dan memudahkan para pengguna untuk menjana imej dan menggunakan ia bersama penyuntingan gambar dan lain-lain.
Adobe Firefly ditawarkan dalam bentuk beta terhad buat masa ini, dan tidak dinyatakan lagi harga untuk penggunaannya. Ia dijangka akan dapat digunakan bersama Photoshop dan sejumlah penyunting gambar yang lain.
Menariknya pada penawaran Adobe ini adalah pengguna turut boleh mengubah ia dalam bentuk Vector, atau menggunakan ia dalam menghasilkan sebuah template dan seterusnya menyunting daripada ia – sesuatu yang tidak ditawarkan pada pelbagai penawaran penjanaan gambar pada hari ini.
Adobe juga akan menyertakan metadata pada imej yang dijana, menyatakan ia merupakan penjanaan AI. Adobe dilihat lebih berhati-hati dalam pengenalan produk berasaskan kecerdasan buatan ini, termasuk mengelak penggunaan gambar atau grafik lain untuk pembelajaran AI – yang mana kini membawa kepada pelbagai pertikaian di mahkamah melibatkan syarikat lain.
Adobe menyatakan model mereka dilatih menggunakan sejumlah data gambar yang diberi kebenaran kepada pihak Adobe.
Buat masa ini, Adobe sekadar membuka pendaftaran minat di laman rasmi Adobe Firefly, membolehkan anda mendaftar dan menggunakannya apabila tersedia kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment