Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA RTX 4000 SFF Dan Lima Lagi GPU Ada Lovelace Untuk Workstation Mudah Alih Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA RTX 4000 SFF Dan Lima Lagi GPU Ada Lovelace Untuk Workstation Mudah Alih Dilancarkan


Acara GPU Technology Conference (GTC) 2023 sedang berlangsung hari ini dan NVIDIA menggunakan kesempatan ini untuk melancarkan enam GPU terkini yang berasaskan senibina Ada Lovelace. Satu GPU adalah untuk kegunaan desktop manakala lima lima untuk kegunaan komputer workstation mudah alih.

NVIDIA RTX 4000 SFF ialah GPU untuk desktop untuk komputer kerja bersaiz kecil berasaskan GPI AD104. Ia dilengkapi 6144 teras CUDA, 192 teras Tensor dan 48 teras RT. Ia turut dilengkapi memori sebesar 20GB GDDR6 serta empat output DisplayPort 1.4a. Ia mempunyai prestasi lebih rendah berbanding RTX 6000 yang merupakan cip paling mercu mereka sebelum ini. Kerana ia menyasarkan komputer kerja kompak, kuasa memproses RTX 400 SFF ialah sehingga 306.8 TFLOP sahaja. Jauh di belakang 1457 TFLOP pada RTX 6000.

Seterusnya lima lagi GPU RTX 5000, RTX 4000, RTX 3500, RTX 3000 dan RTX 2000 Ada Generation turut dilancarkan untuk kegunaan komputer riba. Dengan ini kemampuan menghasilkan grafik tinggi turut dapa dinikmati pada komputer mudah alih. Kesemua siri ini mempunyai antara 3072-9728 teras CUDA, antara 96-304 teras Tensor dan antara 24-76 teras RT. Sementara itu saiz memori pula adalah antara 8-16GB RAM GDDR6.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.