Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bowers & Wilkins Kini Di Pasaran Malaysia Secara Rasmi – Peranti Audio Premium Baru Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bowers & Wilkins Kini Di Pasaran Malaysia Secara Rasmi – Peranti Audio Premium Baru Diperlihatkan


Bagi anda yang mengikuti pasaran peranti audio, anda pasti pernah mendengar jenama Bowers & Wilkins yang menawarkan peranti audio kelas premium yang secara lazimnya menawarkan pembesar suara, bar audio dan pelbagai perkakasan audio lain.

TC Acoustic, pengedar Sonos juga hari ini telah mengesahkan bahawa mereka telah membawa masuk jenama tersebut ke pasaran tempatan dan menjadi pengedar B&W sah di Malaysia. Selain daripada membawa masuk penawaran pembesar suara, TC Acoustic juga akan membawa masuk siri fon telinga dan fon kepala premium mereka, termasuklah B&W Pi5 S2, B&W Pi7 S2, B&W Px7 S2 dan B&W Px8 edisi 007 dan McLaren.

Pi5 S2 dan Pi7 S2 merupakan generasi kedua aksesori audio TWS B&W dan menggunakan komponen pemandu audio dinamik bersaiz 9.2mm yang juga hadir dengan amplifier terbina, jadi anda tidak perlu risau mengenai isu seperti kelantangan audio yang tidak cukup kuat.

Fon telinga ini juga menyokong penstriman audio nirwayar daripada platform penstriman seperti Tidal dan Deezer dan hadir dengan sokongan codec audio aptX Adaptive yang membolehkan audio beresolusi tinggi untuk dimainkan melalui peranti Android.

Diantara penambahbaikan yang diperlihatkan pada kedua-dua fon telinga ini juga ialah jarak sambungan Bluetooth yang ditingkatkan ke 25m diantara peranti dan juga jangkahayat bateri selama 5+16 jam pada Pi7 S2 dan 5+19 jam pada Pi5 S2.

Fon kepala B&W Px8 merupakan fon kepala kelas mercu Bowers & Wilkins, dan merumahkan pemandu audio Carbon Cone 40mm yang dibangunkan berdasarkan pembesar suara jenama tersebut. Malah, kedudukan pemandu didalam ruang fon kepala ini memastikan bahawa pemandu-pemandu ini berada pada jarak yang sama dari telinga apabila fon kepala ini dipakai oleh mana-mana pengguna.

Fon kepala ini juga hadir dengan Digital Signal Processing (DSP) yang dibangunkan oleh jurutera audio B&W sendiri dan mampu menyokong sumber audio beresolusi 24bit yang menjanjikan kualiti audio seperti yang dimahukan oleh penggubal lagu.

Untuk pasaran Malaysia dan Singapura, TC Acoustics telah membawa masuk dua model edisi terhad fon kepala ini, iaitu B&W Px8 007 Edition yang merupakan kolaborasi bersama siri filem James Bond dan juga B&W Px8 McLaren Edition dimana mereka berkolaborasi dengan jenama automotif tersebut.

Mereka mengatakan bahawa edisi-edisi fon kepala Px8 ini hadir dalam unit terhad sahaja, dan tidak akan dibawa masuk lagi apabila ia habis dijual. Untuk Pi5 S2 dan Pi7 S2 pula, fon-fon telinga ini akan ditawarkan dalam warna Cloud Grey, Storm Grey dan Spring Lilac. Untuk model Pi5 S2, warna khas Sage Green turut ditawarkan, dan pasaran Malaysia dan Singapura ialah diantara yang pertama untuk menawarkan warna ini.

Kesemua fon kepala dan fon telinga ini sudah mula ditawarkan melalui TC Acoustic pada harga-harga berikut:

  • Bowers & Wilkins Pi5 S2 – RM1699
  • Bowers & Wilkins Pi7 S2 – RM2499
  • Bowers & Wilkins Px7 S2 – RM2399
  • Bowers & Wilkins Px8 007 Edition – RM4299
  • Bowers & Wilkins Px8 McLaren Edition – RM4299


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.