Twitter Akan Memberikan Calit Biru Percuma Kepada Beberapa Organisasi Dan Jenama Terkemuka
Bermula esok, 1 April Twitter akan membuang calit biru legasi pada akaun yang tidak membayar langganan Twitter Blue. Sejak pengumuman dilakukan, beberapa organisasi media besar seperti Wall Street Journal dan selebriti berkata mereka tidak akan membayar langganan $1000 sebulan untuk mengekalkan calit biru pada akaun mereka.
Menurut laporan The New York Times, mereka melihat dokumen yang menunjukkan Twitter tidak akan mengenakan yuran langganan yang mahal ini pada 10,000 organisasi dengan jumlah pengikut tertinggi dan 500 jenama yang membeli iklan terbanyak di Twitter. Ini mungkin cara untuk memastikan akaun-akaun penting dan jenama utama tidak meninggalkan Twitter sekaligus akan mendatangkan impak negatif.
The Los Angeles Times mengeluarkan kenyataan tidak akan membayar langganan kerana selepas 1 April calitan biru bukan lagi menandakan sesebuah akaun mempunyai kredibiliti kerana ia boleh dibeli. BuzzFeed pula enggan membayar langganan kepada kakitangan yang ingin terus menerima calit biru legasi sebelum sebelum ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment