Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Akan Memulakan Ujian 6G Seawal 2025 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Akan Memulakan Ujian 6G Seawal 2025


Rangkaian 5G komersial hanya diperkenalkan di Malaysia tahun lalu dengan lingkungan kawasannya masih rendah jika dibandingkan dengan 4G. Penawaran juga berkembang walaupun terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang belum memberikannya kepada pelanggan. Kini masih baru berjalan tetapi China sudah merancang memperkenalkan teknologi 6G seawal 2025.

Ujian beberapa penggunaan 6G akan dimulakan pada tahun tersebut oleh China Unicom. Ini adalah bagi melihat bagaimanakah teknologi selular terkini ini boleh digunakan oleh industri dan orang ramai. Walaupun ujian dimulakan awal, pengenalan rangkaian 6G komersial secara meluas di China hanya akan dilakukan pada tahun 2030.

20230 masih lagi agak jauh di hadapan tetapi Korea Selatan lebih ke hadapan dengan perancangan melancarkan 6G seawal 2028. Korea Selatan dan China kini memegang paling banyak paten teknologi 6G di dunia. Dalam kes Korea Selatan kemajuan teknologi dipertingkatkan bagi memberikan kelebihan kepada negara yang juga pertama memperkenalkan rangkaian 5G komersial dunia pada tahun 2019.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.