Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Akan Hadkan Hanya Perkongsian Akaun Berbayar Dipaparkan Pada Tab “For You” Bermula 15 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Akan Hadkan Hanya Perkongsian Akaun Berbayar Dipaparkan Pada Tab “For You” Bermula 15 April


Elon Musk kini menyatakan, dalam langkah untuk memerangi bilangan bot pada platform Twitter, bermula 15 April 2023 kelak, Twitter akan hanya memaparkan perkongsian Tweet daripada akaun-akaun yang disahkan sahaja pada tab “For You”.

Ini sekaligus akan mengehadkan perkongsian dari akaun Twitter Blue, pengesahan kerajaan, dan entiti syarikat yang disahkan sahaja yang dipaparkan pada bahagian berkenaan.

Disamping itu, hanya akaun-akaun yang disahkan ini sahaja akan boleh melakukan pengundian pada bancian yang dilakukan melalui Tweet di Twitter.

Sebelum ini, Twitter telah turut mengumumkan mereka akan membuang tanda pengesahan legasi, dan hanya menawarkan tanda pengesahan berwarna biru yang berbayar dibawah Twitter Blue sahaja bermula April ini.

Mungkinkah dengan langkah-langkah ini, lebih ramai melanggan Twitter Blue, atau lebih ramai akan meninggalkan platform tersebut?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.