Elon Musk Dilaporkan Menilaikan Twitter Sekitar $20 Bilion
CEO Twitter, Elon Musk kini menawarkan para pekerja Twitter geran saham, yang mana sekaligus menilaikan syarikat media sosial berkenaan sekitar hampir $20 bilion.
Perkara ini secara tidak langsung memperlihatkan nilai Twitter yang dilihat berkurangan hampir separuh, berbanding dengan nilai $44 bilion yang dibeli oleh Elon Musk sebelum ini.
Kebiasaannya, syarikat akan menawarkan saham kepada pekerja mereka, dalam memastikan pekerja kekal bersama syarikat, serta membangunkan syarikat bersama-sama.
Twitter pada hari ini mempunyai sekitar 2300 pekerja. Dibawah pengurusan Elon Musk, sejumlah besar pekerja telah dihentikan sebelum ini, dalam langkah membawa Twitter kepada sebuah syarikat yang menjana kewangan dan menguntungkan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment