Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft : GPT-4 Memperlihatkan Petanda Awal Ke Arah AGI – Prestasi Melakukan Tugasan Setara Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft : GPT-4 Memperlihatkan Petanda Awal Ke Arah AGI – Prestasi Melakukan Tugasan Setara Manusia


OpenAI sedia memperkenalkan pembangunan pemprosesan bahasa dengan integrasi kecerdasan buatan, GPT-4 baru-baru ini. Selari dengannya, sejumlah perkhidmatan telah mula mengintegrasikan ciri tersebut, termasuk Microsoft yang telah mengintegrasikannya pada Bing, Microsoft Office, Teams dan sebagainya.

Terbaru, pihak Microsoft juga turut menerbitkan kertas kajian dan penyelidikkan mereka, menyatakan GPT-4 memperlihatkan petanda awal kepada AGI (Artificial General Intelligence), iaitu kebolehan kecerdasan buatan untuk beroperasi setara atau melebihi manusia biasa.

Kajian Microsoft tersebut turut menyatakan GPT-4 mampu menyelesaikan sejumlah tugasan meliputi topik matematik, pengaturcaraan, perubatan, perundangan dan sebagainya tanpa sebarang arahan khusus. Prestasi penyelesaian untuk setiap tugasan ini juga dikatakan menghampiri prestasi manusia.

Kertas kajian tersebut turut menyatakan dengan kebolehan GPT-4 yang pelbagai ini, ia boleh dikatakan sebagai petanda awal atau langkah ke AGI walaupun ia tidak lengkap sepenuhnya. Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan yang agak pantas kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat pencapaian awal ke arah AGI dalam tempoh beberapa tahun lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.