Fahmi Fadzil : Terdapat Sekitar 19 Juta Akaun TikTok Berpusat Di Malaysia Buat Masa Ini
Fahmi Fadzil hari ini berkongsi beberapa perkara bersama para belia bersempena acara Youth Empowerment Fair 2023, termasuk salah satunya menyentuh berkenaan dengan media sosial.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital berkenaan, pada hari ini terdapat lebih 19 juta akaun TikTok berpusat di Malaysia. TikTok memperlihatkan peningkatan yang drastik berbanding dengan perkhidmatan lain, apatah lagi jikalau dilihat ia hanya popular sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, Facebook masih dilihat menerajui arena sosial di Malaysia dengan mempunyai lebih 20 juta akaun berpusat di Malaysia.
Fahmi Fadzil turut menekankan supaya tidak menyebarkan fitnah melalui media sosial, dan menggunakan ia secara berhemah. Pada masa yang sama, beliau turut menekankan supaya literasi digital dididik dari usia muda, dalam memastikan pengguna dapat mengelak daripada tertipu dengan pelbagai scam pada masa kini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment