Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Akan Tawar Kod Pengesyoran Tweet Secara Sumber Terbuka Pada 31 Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Akan Tawar Kod Pengesyoran Tweet Secara Sumber Terbuka Pada 31 Mac


Elon Musk sebelum ini sedia menyatakan hasrat untuk menawarkan kod pengesyoran atau “Recommendation” dalam bentuk sumber terbuka – sekaligus membangunkan ia bersama-sama komuniti.

Kini, lanjutan daripadanya, Elon Musk berkongsi menyatakan akan menawarkan kod tersebut dalam bentuk sumber terbuka pada 31 Mac 2023 kelak.

Beliau turut menekankan yang mana algoritma mereka terlalu kompleks, dan tidak difahami sepenuhnya secara dalaman. Pelbagai masalah mungkin akan ditemui apabila kod sumber tersebut dikongsikan – dan pihak Twitter dijangka mengatasinya secepat mungkin.

Dengan langkah ini, Elon Musk menyasarkan untuk membolehkan para pengguna memahami kaedah algortima berfungsi dan membangunkan ia secara komuniti. Secara tidak langsung, input daripada pelbagai pihak lain akan turut mempercepatkan perkembangan dan penyelesaian masalah pada algoritma Twitter.

Sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat sendiri kod sumber algoritma Twitter ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.