HTC Tidak Gentar Dengan Set Realiti-Gabungan Dari Apple
HTC sedia menjual sebahagian pasukan pembangunan telefon pintar mereka kepada Google, dan kini lebih memfokuskan kepada pembangunan produk-produk realiti-gabungan, termasuk set kepala dan juga alam maya mereka dinamakan HTC Viveverse.
Terbaru, CEO HTC menyasarkan yang mana Apple mungkin memperkenalkan penawaran set kepala realiti-gabungan tersendiri pada tahun ini. HTC menyasarkan Apple mengutamakan set kepala terlebih dahulu, sebelum memfokuskan kepada kaca mata pintar.
Menyentuh mengenainya melalui temuramah ringkas, CEO HTC menyatakan mereka tidak gentar penyertaan Apple dalam arena ini.
HTC menyasarkan dengan lebih ramai menyertai arena ini, termasuk Apple, Meta dan Samsung, ia akan membuatkan kadar permintaan untuk set realiti-gabungan meningkat, dan mungkin menguntungkan pihak HTC.
HTC turut beranggapan yang mana langkah mereka dalam arena teknologi sering selangkah awal berbanding pesaing lain. Sebelum ini, pada 2019, pihak HTC sedia membawa masuk penawaran set realiti-gabungan mereka, tetapi berharga agak tinggi ketika itu, iaitu sekitar RM3699.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment