Xiaomi Mengikut Jadual – Sasar Pengeluaran Kereta Elektrik Pada Tahun Hadapan, 2024
Xiaomi nampaknya kini meneruskan pembangunan kereta mereka secara drastik, dan melalui perkongsian terkini CEO Xiaomi, Lei Jun, syarikat teknologi dari China tersebut menyasarkan untuk pengeluaran kereta elektrik mereka seawal pertengahan pertama 2024 kelak.
Pada hari ini, Lei Jun menghabiskan separuh masa beliau memfokuskan kepada perniagaan automotif, dimana ia kini memakan pelaburan yang tinggi, termasuk dari segi saiz pasukan dan juga pembangunan.
Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan pelaburan dan pembangunan kereta tersendiri pada 2021 lepas. Ketika itu, ia telah diumumkan kereta elektrik pertama akan diperkenalkan pada 2024 – dan perkongsian terbaru ini adalah selari dengan jadual pembangunan mereka.
Xiaomi juga agak aktif dalam pembangunan perisian, cip dan juga teknologi swapandu untuk kenderaan tersebut. Dengan perkembangan ini juga, Xiaomi turut melihat kepada arena robotik – memandangkan penggunaan sejumlah teknologi dan sensor sama pada kedua-dua arena ini.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut Xiaomi dalam arena automotif ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment