Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Meta Verified” Untuk Instagram Dan Facebook Kini Ditawarkan Di Amerika Syarikat – Bermula USD$11.99 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Meta Verified” Untuk Instagram Dan Facebook Kini Ditawarkan Di Amerika Syarikat – Bermula USD$11.99 Sebulan


Selepas Twitter memperkenalkan langganan Twitter Blue yang memberikan tanda calit biru bersebelahan nama, kini Meta turut mengikut jejak dan memperkenalkan perkhidmatan langganan dinamakan Meta Verified.

Meta Verified kini ditawarkan di Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Melalui langganan ini, ia akan memberikan tanda calit biru pada akaun anda di Facebook dan juga Instagram.

Dengan Meta Verified ini, akaun pengguna akan disahkan berasaskan kepada identiti yang dikeluarkan kerajaan sesuatu negara. Disamping itu, beberapa ciri yang akan ditawarkan adalah termasuk penawaran 100 Stars setiap bulan untuk dihadiahkan kepada “Creator” lain, perlindungan daripada kecurian identiti, serta sokongan terus khidmat pelanggan berkaitan akaun di Facebook dan Instagram.

Meta Verified ini ditawarkan pada harga $11.99 sebulan melalui web, atau $14.99 sebulan melalui iOS dan Android. Buat masa ini, harga jualan tempatan dan tarikh pengenalan untuk pengguna di Malaysia tidak diketahui lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.