Hi! Welcome Back and Stay Tune! RMS : Kita Perlu Memperkasa Belia, Selari Perubahan Pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RMS : Kita Perlu Memperkasa Belia, Selari Perubahan Pasaran


Raja Muda Selangor (RMS), (DYTM) Tengku Amir Shah hari ini telah merasmikan Youth Empowerment Fair 2023, sekaligus turut berkongsi beberapa pandangan dalam terus memperkasa dan memperkaya para belia di Malaysia.

Seperti ramai sedia maklum, para belia merupakan agen utama dalam pembangunan sosio-ekonomi dan inovasi teknologi di Malaysia. RMS menekankan yang mana belia merupakan keutamaan dalam agenda kebangsaan, terutamanya dalam membentuk masa depan mereka. Mengulas lanjut, RMS mengatakan para belia perlu dikuasakan dengan memberi kebebasan untuk membuat pilihan pendidikan mengikut minat, keperluan dan juga masa depan mereka.

Disamping itu, industri dan komuniti juga perlu adaptasi mengikut perkembangan semasa – termasuk penawaran pendidikan sendiri. RMS turut menyentuh berkenaan penggunaan kecerdasan buatan GPT-3 dan GPT-4 yang mana boleh membawa kepada perubahan bentuk kerjaya pada masa akan datang. Ini turut membawa kepada perubahan kepada kerjaya seperti penganalisa data, pemasaran, penulisan, malah juga jurutera perisian. RMS mengutarakan persoalan adakah universiti bersedia untuk masa depan. 

Berkongsi lanjut, RMS menyentuh mengatakan mungkin program perantis perlu dimulakan pada usia seawal 15 tahun, atau mengambil pengalaman dengan melakukan tugasan atau kerja ketika cuti sekolah. “Belia masa kini mempunyai idea yang lebih baik, tetapi kurang pengalaman”. RMS turut berkongsi pengalaman melalui program pelatih seawal umur 16 tahun.

“Akhir kata, ia ditekankan sekali lagi yang mana para belia perlu diberikan perhatian utama dalam agena kebangsaan, terutamanya apabila membuat keputusan yang mencorak masa depan mereka. Belia juga perlu disertakan dalam proses membuat keputusan, dan mendengar perspektif mereka. Para belia bukan sahaja masa depan negara kita, tetapi adalah masa sekarang juga.”

RMS menekankan yang mana tiada siapa yang patut tertinggal, dan ia adalah tanggungjawab bersama termasuk majikan, pendidik, kerajaan dan lain-lain dalam terus memperkasa belia kita untuk pembangunan negara.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.