Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancaran Siri Oppo Find X6 Dijadualkan Berlangsung Pada 21 Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancaran Siri Oppo Find X6 Dijadualkan Berlangsung Pada 21 Mac


Selain daripada Huawei, nampaknya Oppo juga dalam persediaan hadir dengan generasi baharu untuk produk mercunya pada bulan ini. Melaluinya mereka telah menjadualkan pelancaran untuk siri Oppo Find X6 di China pada 21 Mac akan datang. Di mana ianya berlangsung dua hari lebih awal berbanding Huawei.

Sebahagian elemen rekaan pada peranti mula diperlihatkan menerusi video promosi pendek di Weibo. Ia menunjukkan peranti ini mempunyai bonggol kamera agak besar dan tebal yang turut memuatkan sistem kamera periskop. Turut boleh dilihat bonggol kamera ini disertakan dengan bingkai seakan logam disekelilingnya. Ini dipadankan pula dengan panel belakang yang menggunakan kemasan seakan kulit berwarna coklat.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan oleh pihak Oppo buat masa ini. Namun penggunaan sistem periskop di sini memberi banyangan peranti kelak mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Pada masa sama, cip ISP Marisilicon X dan sistem kamera Hasselbald juga mungkin disediakan melaluinya untuk sistem pengimejan mudah alih lebih baik.

The post Pelancaran Siri Oppo Find X6 Dijadualkan Berlangsung Pada 21 Mac first appeared on Amanz.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.