Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Mungkin Perlu Dijual Jika Tidak Mahu Diharamkan Di A.S - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Mungkin Perlu Dijual Jika Tidak Mahu Diharamkan Di A.S


Sebuah lagi berita mengenai TikTok pagi ini. Menurut laporan Wall Street Journal, pentadbiran Presiden Joe Biden dikatakan akan memberikan kata dua kepada Bytedance supaya menjual TikTok atau aplikasi akan diharamkan di Amerika Syarikat. WSJ memetik sumber dalaman yang memberikan maklumat secara awanama.

Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) telah melakukan pertemuan dengan wakil TikTok sejak dua tahun yang lalu mengenai isu di atas. Antara pilihan yang diberikan ialah memaksa ByteDance menjual pegangan mereka bagi mengelakkan sebarang isu mengenai risiko terhadap keselamatan negara.

TikTok Logo

Langkah yang ingin diambil Joe Biden mirip dengan pelan asal Donald Trump tiga tahun lalu apabila beliau memaksa supaya TikTok dijual. Ia menerima tentangan China yang melihat algoritma TikTok adalah harta intelek yang tidak boleh dijual.

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China kini merebak pula ke aplikasi media sosial paling popular di kalangan pengguna muda. Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan, TikTok adalah antara platform paling utama di dunia. Tindakan yang diambil mungkin tidak akan disenangi oleh golongan muda A.S tetapi pihak kerajaan melihat risiko data pengguna dan penyebaran propaganda adalah lebih penting pada waktu ini.

Laporan ini muncul selepas United Kingdom pula dilaporkan ingin mengharamkan pemasangan TikTok pada peranti penjawat awam atas alasan yang sama. TikTok beberapa kali menegaskan mereka tidak berkongsi data pengguna dengan Beijing untuk tujuan risikan.

[Sumber] Sumber – Wall Street Journal [/sumber]

The post TikTok Mungkin Perlu Dijual Jika Tidak Mahu Diharamkan Di A.S first appeared on Amanz.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.