Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat Pertama Tecno Akan Dipasarkan Di Malaysia
Peranti dengan skrin boleh lipat Tecno telah di perkenalkan secara rasminya di Mobile World Congress 2023 yang berlangsung di Barcelona, tempoh hari. Dikenali sebagai Tecno Phantom V Fold, ia merupakan peranti dengan skrin boleh lipat pertama daripada Tecno dan penggunaan cip MediaTek Dimensity 9000+ pula menjadikannya dilengkapi sokongan 5G terbina.
Berkongsi lebih lanjut, peranti ini disahkan bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ini kerana menurut wakil Tecno Malaysia, pihaknya dalam perancangan untuk membawa masuk peranti berkenaan ke pasaran tempatan. Namun masih belum ada sebarang tarikh khusus yang dikongsikan setakat ini. Menambah keterujaan ini, Tecno turut sama mengacah mengenai pengenalannya menerusi beberapa enti di media sosial utama dengan memuatnaik sejumlah imej dan video promosi rasmi.
Tecno Phantom V Fold merupakan peranti boleh lipat dengan skrin utama sejenis rata sebesar 7.85-inci. Ini dipadankan pula dengan skrin sekunder melengkung sebesar 6.42-inci. Kedua-duanya juga dilengkapi panel AMOLED dan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensitu 9000+ digunakan sebagai tunjang utama, di samping memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB terbina.
Selanjutnya perantI juga mempunyai tri-kamera dengan sensor utama 50MP tersesuai yang sensitif cahaya untuk hasil yang lebih baik. Bukan itu sahaja, peranti juga memuatkan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 45W. Ia juga menjalankan antaramuka HiOS Fold yang menyediakan ciri menarik seperti Parallel Windows, Split Screen, Drag & Drop dan Driving Mode.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada pihak Tecno berhubung hal ini. Dalam masa sama, kami di Amanz juga akan menyediakan kemaskini mengenainya dalam artikel yang akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment