Hi! Welcome Back and Stay Tune! Touch n Go eWallet Perkenal Ciri TapSecure – Satu Tap Untuk Mengesahkan Transaksi, Ganti OTP SMS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Touch n Go eWallet Perkenal Ciri TapSecure – Satu Tap Untuk Mengesahkan Transaksi, Ganti OTP SMS


Touch n Go eWallet hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sebuah ciri sekuriti baharu dalam terus menambah-baik penawaran mereka, iaitu TapSecure.

Melalui TapSecure, ia akan memerlukan pengguna melakukan pengesahan transaksi dengan melakukan tap pada peranti utama pengguna – lebih kurang sama seperti pada beberapa aplikasi perbankan. Langkah ini sekaligus menggantikan penggunaan SMS OTP yang digunakan sebelum ini dalam melakukan sesuatu pengesahan transaksi.

Dengan pengenalan ciri ini juga, ia lebih melindungi simpanan pengguna pada akaun TNG eWallet, dan mengelak transaksi dilakukan oleh pihak lain. TNG eWallet juga mengehadkan hanya satu peranti sahaja boleh didaftarkan untuk tujuan pengesahan TapSecure ini.

TNG turut menyatakan pengenalan TapSecure ini masih pada peringkat awal, dan ia akan menggantikan sepenuhnya penggunaan SMS OTP pada masa akan datang. Langkah ini dilihat akan mengurangkan kadar penipuan kewangan berlaku secara drastik berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh mengemaskini aplikasi anda, sekaligus mengaktifkan ciri TapSecure pada akaun dan peranti anda hari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.