Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Tecno SPARK 10 Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Tecno SPARK 10 Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599


Tecno telah menjadualkan pelancaran produk baharu siri SPARK 10 pada 2 April akan datang. Ia merupakan siri peranti kelas pertengahan baharu Tecno yang disediakan dalam tiga pilihan model berbeza dengan sambungan sama ada 4G atau 5G. Ini terdiri dengan SPARK 10 4G, SPARK 10 5G dan SPARK 10 Pro 5G.

Semakan kami menerusi kedai atas talian rasmi Tecno Malaysia di Shopee mendapati harga jualan untuk ketiga-tiga peranti telah mula disenaraikan. Ianya bermula RM599 untuk SPARK 10 4G, RM699 untuk SPARK 10 5G dan RM799 pula SPARK 10 Pro 5G. Harga promosi lebih renda turut ditawarkan untuk masa terhad yang juga disertakan hadiah percuma menarik. Misalnya seperti RM549 untuk SPARK 10 4G dengan fon telinga nirwayar diberi percuma. Seterusnya, RM649 untuk SPARK 10 5G dan RM749 pula SPARK 10 Pro 5G yang masing-masing diberikan pembesar suara nirwayar bluetooth secara percuma.

Spesifikasi kesemua peranti juga disenaraikan dalam halaman yang sama. Bermula dengan SPARK 10 4G yang dilengkapi skrin 6.56″ beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan pula dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W, kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP.

Seterusnya SPARK 10 5G pula menggunakan saiz dan jenis skrin yang sama dengan 6.56″ beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Dimensity 6020 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula 5000mAh dengan pengecasan 18w, di samping juga memuatkan gabungan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP.

SPARK 10 Pro 5G pula dilengkapi cip MediaTek Helio G88, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ini digabungkan pula dengan skrin 6.78″ FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W, di samping kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP turut disertakan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.