Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skor Penanda-aras Awal Snapdragon 8cx Gen 4 Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skor Penanda-aras Awal Snapdragon 8cx Gen 4 Diperlihatkan


Qualcomm telah mengambil-alih syarikat Nuvia beberapa tahun lalu selepas membangunkan cip pemprosesan Apple Silicon, dan dijangka akan bertarung dengan Apple untuk takhta cip pemprosesan Arm komputer riba yang paling berkuasa tidak lama lagi.

Terkini, skor penanda-aras awal untuk cip pemprosesan terbaru Qualcomm, iaitu Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 4, iaitu cip pemprosesan dengan kod nama Hamoa yang diperlihatkan pada tahun lepas.

Melalui penanda-aras Geekbench, kita dapat melihatkan bahawa cip pemprosesan ini hadir dengan jumlah 12 teras, dimana lapan teras adalah teras prestasi tinggi, dan empat lagi adalah teras berkuasa rendah yang tidak menggunakan banyak tenaga.

Nama cip pemprosesan tersebut juga dilihat sebagai Qualcomm Snapdragon 8cx Next Generation, dan mempunyai kelajuan 2.38GHz yang dilihat lebih rendah dari biasa. Skor penanda-aras cip pemprosesan ini juga memperlihatkan 613 mata untuk satu teras dan 5241 untuk multi-teras, yang menandakan bahawa cip pemprosesan ini masih berada dalam fasa awal pembangunannya.

Dalam pada itu cip ini juga diuji dalam sebuah sistem yang menggunakan sebanyak 16GB memori, tetapi berdasarkan butiran yang diperlihatkan, ia dijanga boleh menyokong sebanyak 64GB memori.

Terdapat juga ura-ura bahawa ini merupakan cip pemprosesan dengan kuasa pemprosesan yang lebih rendah. berbeza dari Snapdragon 8cx Gen 4 yang diperlihatkan pada tahun lepas. Walaupun begitu, ia dijangka bahawa cip pemprosesan ini hanya akan diperihatkan secara rasmi pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.