Twitter Blue Dianggar Mempunyai 385,000 Pelanggan Pada Android Dan iOS
Twitter Blue merupakan perkhidmatan langganan berbayar yang disediakan oleh pihak Twitter – dimana ia menambah tanda calit biru bersebelahan dengan nama pengguna menandakan ia disahkan, disamping turut hadir dengan beberapa ciri seperti perkongsian Tweet panjang dan lain-lain.
Kini, mengikut data yang dikongsikan melalui SensorTower, ia dianggarkan Twitter Blue mempunyai sekitar 385,000 pelanggan di seluruh dunia, pada Android dan iOS. 246,000 orang pelanggan daripadanya dianggarkan adalah berpusat di Amerika Syarikat, dan selebihnya adalah dari luar Amerika Syarikat.
Angka ini boleh dikatakan masih jauh, jikalau dibandingkan dengan angka pengguna Twitter yang dikatakan sekitar 238 juta orang pengguna aktif setiap hari. Angka keseluruhan yang melanggan Twitter Blue tidak diketahui secara rasminya, memandangkan terdapat juga pelanggan yang melanggan melalui web.
Di Malaysia, Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan, yang mana boleh dikatakan agak tinggi dan mahal jikalau dibandingkan dengan penawaran perkhidmatan lain seperti Cereka pada harga RM4.90 sebulan, atau Viu pada harga RM29.90 untuk 3 bulan, dan lain-lain yang menawarkan kandungan lebih menyeluruh dan eksklusif berbanding apa yang disediakan oleh Twitter melalui pelan berbayar mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment