Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengenalan Siri Tecno SPARK 10 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengenalan Siri Tecno SPARK 10 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi


Sejak kebelakangan ini, Tecno Mobile dilihat semakin aktif mengukuhkan pemasaran produknya di Malaysia dengan menawarkan pelbagai pilihan peranti berspesifikasi kelas pertengahan dan asas. Kesemuanya hadir dengan julat harga yang pelbagai namun kebanyakannya berada di tahap mampu milik.

Terbaharu Tecno dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu lagi menerusi siri SPARK 10. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Tecno menerusi entri di Facebook rasmi pada hari ini. Bagaimanapun tiada butiran lanjut yang didedahkan, baik dari aspek rekaan, perkakasan dalaman mahupun tarikh pelancaran khusus.

Kita boleh menyasarkan ia mungkin pengenalan untuk Tecno SPARK 10 Pro yang diumumkan di India semalam. Ia merupakan peranti pertengahan 4G dengan cip MediaTek Helio G88. Ini dipadankan pula dengan skrin 6.78-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Memori 8GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W turut disertakan. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan 50MP (utama) + AI Lens di belakang dan kamera swafoto pula 32MP. Ciri lain disokong termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara dengan sistem audio DTS, bluetooth 5.0 dan pengimbas cap jari sisi.

Bagaimanapun dapat dipastikan sama ada model di Malaysia akan dilengkapi perkakasan dalaman yang sama atau sebaliknya. Seperkara lagi yang amat dinantikan ialah bilakah agaknya Tecno bakal mengumumkan ketersediaan peranti skrin boleh Phantom V Fold 5G lipatnya untuk pasaran Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.