Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aerodyne Disasarkan Menjadi Syarikat Unikorn Dengan Nilai Melangkaui $1 BIlion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aerodyne Disasarkan Menjadi Syarikat Unikorn Dengan Nilai Melangkaui $1 BIlion


Aerodyne merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan dron. Terbaru, ia dilaporkan syarikat yang berpusat di Cyberjaya ini dalam usaha untuk meraih dana antara sekitar $150 juta ke $200 juta pada tahun ini.

Aerodyne dikatakan sedang meraih dana ini pada nilai lebih $1 bilion. Status unikorn sering diberikan kepada syarikat pemula atau startup yang mencapai nilai berkenaan. Sebelum ini, Aerodyne juga telah mencapai status penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia.

Aerodyne sedia menguruskan lebih 560,000 aset infrastruktur, termasuk melakukan penilaian terhadap lebih 380,000 infrastruktur bekalan kuasa di 35 buah negara. Perkhidmatan Aerodyne juga digunakan rentas pelbagai industri, termasuk digunakan agensi kerajaan tempatan dalam pelbagai usaha, termasuk ketika pengurusan banjir.

Aerodyne juga sedia melabur dan mengambil-alih beberapa syarikat memfokuskan perkhidmatan dron sebelum ini dalam membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia, serta mempunyai kepakaran yang meluas dalam bidang perkhidmatan dron.

Disamping itu, Aerodyne juga menyasarkan penyenaraian awam atau IPO seawal 2024 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.