Samsung Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Bertindan Seperti Pada Kereta Elektrik Untuk Telefon Pintar
Samsung kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi bateri bertindan yang sedia digunakan pada bateri di kereta elektrik – dan mungkin mengimplementasikannya pada bateri di telefon, komputer riba dan sebagainya.
Pada hari ini, Samsung SDI (bahagian pembangunan bateri) sedia membangunkan teknologi bateri bertindan dan digunakan untuk pembangunan bateri kereta elektrik.
Dibawah teknologi berkenaan, bahan seperti anod, katod dan yang lain ditindan di atas satu sama lain, sekaligus membolehkan bateri yang lebih kompak dihasilkan dengan kadar simpanan tenaga yang lebih tinggi.
Ia dianggarkan dengan teknologi ini, ia mampu meningkatkan kadar simpanan tenaga sekitar 10% berbanding sebelum ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kita akan dapat melihat implementasi teknologi bateri baru ini pada telefon pintar. Dengan Samsung yang pernah mengalami krisis bateri pada Galaxy Note 7 sebelum ini, semestinya mereka lebih berhati-hati dalam pengenalan sebarang ciri atau teknologi bateri baharu selepas ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment