Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arm Ingin Membangunkan Semikonduktor Tersendiri Dalam Memperlihatkan Keupayaan Produk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arm Ingin Membangunkan Semikonduktor Tersendiri Dalam Memperlihatkan Keupayaan Produk


Arm yang sedia terkenal dengan penawaran rekabentuk cip untuk pengeluar lain, kini dilaporkan dalam usaha untuk menghasilkan semikonduktor mereka tersendiri.

Usaha ini dikatakan adalah sebahagian daripada kaedah dalam memperlihatkan keupayaan produk mereka – sekaligus menarik pelanggan baharu untuk produk-produk serta perkhidmatan Arm.

Arm tiada perancangan untuk menjual semikonduktor berkenaan, dan buat masa ini ia hanya untuk tujuan prototaip.

Dengan penghasilan semikonduktor sendiri ini, ia akan membolehkan Arm memperlihatkan keupayaan cip rekaan dan keluaran mereka untuk pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, komputer riba, mahupun peralatan elektronik lain.

Buat masa ini, terdapat sejumlah pengeluar yang menggunakan cip rekaan Arm, termasuk antaranya Qualcomm dan Samsung. Malah, baru-baru ini, Intel telah umum kerjasama dengan Arm dalam mengeluarkan cip menggunakan teknologi Arm melalui kilang Intel.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.