Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telegram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Koleksi Kumpulan Sembang Dalam Bentuk Folder - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telegram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Koleksi Kumpulan Sembang Dalam Bentuk Folder


Telegram kini mengumumkan beberapa ciri baharu pada aplikasi permesejan mereka, dan salah satu yang menjadi fokus adalah ciri perkongsian folder yang dipenuhi pautan akses ke saluran atau kumpulan Telegram, dinamakan Shareable Chat Folders.

Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi folder dalam bentuk pautan – sekaligus memudahkan rakan-rakan lain untuk mengakses koleksi kumpulan atau saluran yang anda ingin kongsikan. Rakan anda juga turut boleh menyertai semua kumpulan Telegram berkenaan dengan hanya satu tap sahaja serta merta.

Ini juga akan memudahkan pengguna berkongsi minat bersama yang lain. Untuk mencipta folder anda sendiri, anda boleh ke Settings > Chat Folders.

Disamping itu, Telegram kini turut menyertakan ciri Custom Wallpapers, sokongan bot yang lebih baik, dan juga antaramuka yang ditambah-baik.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baharu ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.