Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan Pada Harga Bermula RM4999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan Pada Harga Bermula RM4999


Komputer riba kerja seharusnya ringan supaya tidak membebankan bahu ketiga digendong sepanjang hari. Jika anda mencari sebuah komputer riba kerja yang memenuhi kriteria ini, ASUS Zenbook S 13 OLED telah dilancarkan di Malaysia dengan ia hanya seberat 1 kilogram.

Ini dicapai menggunakan tubuh yang diperbuat daripada bahan aluminium seramik plasma yang ringan. Ketebalan S 13 OLED adalah hanya 1 cm semasa ditutup. Walaupun ringan dan nipis komputer riba ini melepasi piawaian MIL-STD 810H

Menurut ASUS komputer riba OLED paling ringan di pasaran Malaysia setakat ini. S 13 OLED hadir dengan skrin 13.3″ OLED ASUS Lumina dengan resolusi 1800×2880 pixel. Ia bernisbah 16:10 yang optimum untuk kerja dan turut mencapai keterangan 550 nits yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500.

Terdapat pilihan cip sehingga Intel Core i7-1355U, memori 16GB LPDDR5 RAM, storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 63Wh yang menyokong pengecasan 65W. Hayat bateri sehingga 14 jam boleh dicapai dengan sekali caj.

Pilihan I/O adalah 2x USB-C Thunderbolt 4, 1x USB-A 3.2, 1x HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Kamera web 1080p yang disertakan turut menyokong sistem imbasan IR Windows Hello. Sistem audio Harman Kardon yang digunakan turut menyokong Dolby Atmos. Sambungan internet pantas turut boleh dinikmati dengan sokongan WiFi 6E.

Asus Zenbook S 13 OLED akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mei ini dalam dua pilihan di bawah.

  • Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i5-1335U, 16GB RAM, 512GB SSD – RM4999
  • Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD – RM5999


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.