Google Mengabungkan Pasukan AI Dibawah Google DeepMind
Google hari ini mengumumkan pembentukkan Google DeepMind, dimana ia mengabungkan pasukan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dibawahnya.
Untuk makluman, DeepMind sedia menjadi salah satu makmal kajian memfokuskan kecerdasan buatan yang popular dengan pelbagai pencapaiannya sehingga kini. Ia sebelum ini beroperasi kendiri sebagai entiti dibawah Alphabet, dan kini nampaknya digabungkan dan diposisikan dibawah Google sebagai Google DeepMind.
Selain itu, pasukan Google DeepMind juga turut menyertakan pasukan Brain dibawahnya.
Dengan penyatuan ini, ia dijangka akan mempercepatkan lagi pembangunan dan progres kecerdasan buatan dibawah Google. Langkah ini juga dijangka akan mengukuhkan lagi pembangunan dan pemacuan arena kecerdasan buatan dibawah Google.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment