Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Instinct 2X Solar Ialah Jam Tangan Pintar Yang Tidak Perlu Dicas Dengan Skrin Lebih Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Instinct 2X Solar Ialah Jam Tangan Pintar Yang Tidak Perlu Dicas Dengan Skrin Lebih Besar


Garmin hadir dengan seutas lagi jam tangan pintar baharu menerusi Instinct 2X Solar. Ia merupakan variasi lebih besar berbanding Garmin Instinct 2 Solar sebelum ini. Dalam masa sama, turut mampu berfungsi dengan baik dalam pelbagai senario tanpa had bateri dengan bantuan solar.

Ia memerlukan sekurang-kurangnya memerlukan 50,000 pencahayaan lux selama tiga jam sehari untuk terus berfungsi tanpa perlu mengecas. Jika sebaliknya ia boleh bertahan mencapai 40 hari lebih lama berbanding 28 hari pada Instinct 2 Solar sebelum ini dengan mod jam tangan pintar.

Pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan terbina turut dimuatkan pada jam tangan ini. Bagaimanapun sokongan beberpa mod sukan tambahan seperti berlari, berenang, mendaki, latihan keujatan dan berbasikal telah memberi kelebihan tambahan pada variasi baharu ini.

Selain itu ia juga disertakan dengan lampu suluh LED terbina amat baik digunakan sewaktu berlari di waktu malam. Ia boleh memancarkan lampu bewarna merah bagi tujuan keselamatan. Kemudiannya turut boleh diganti kepada putih yang boleh digunakan untuk tujuan penglihatan pada waktu malam.

Sensor GNSS berbilang jalur serba baharu digunakan bertujuan memberikan kedudukan yang tepat dalam mod GPS dan Trackback. Ia juga melepasi penarafan kalis air 10 ATM, selain turut boleh didapati dalam variasi Tactical Edition dengan kelebihan mod Stealth dan Jumpmaster untuk fungsi lebih baik.

Harga jualan untuk Garmin Instinct 2X Solar ialah $449 (~RM1976), kemudian meningkat kepada $499 (~RM2,196) pula untuk Tactical Edition. Maklumat mengenai ketersediaannya di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.