Windows 11 Kelak Akan Ubah Kekunci “Print Screen” Untuk Membuka Aplikasi Snipping Tool
Pada sistem operasi Windows, apabila pengguna menekan pada butang kekunci Prt Scr (Print Screen), ia akan merakamkan gambar skrin semasa yang akan disimpan pada komputer untuk disunting kemudian. Ini digemari ramai dalam melakukan sejumlah rakaman gambar skrin ketika bertugas atau menggunakan sesuatu aplikasi.
Namun, perkara ini akan berubah tidak lama lagi. Melalui kemaskini akan datang Windows 11 kelak, Microsoft akan mengubah tetapan dan membuat apabila pengguna tekan pada kekunci Prt Scr, ia mengaktifkan aplikasi Snipping Tool.
Dengan langkah ini, ia akan mengubah bagaimana kita mengenali kekunci Prt Scr sehingga ke hari ini, dan membawa kepada kaedah penggunaan baharu bersama aplikasi Snipping Tool yang turut memudahkan penyuntingan rakaman skrin dilakukan.
Apa pun, seperti biasa, pengguna masih boleh melakukan tetapan perubahan pada Windows 11 kelak untuk melakukan perkara seperti sebelum ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment