Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei MateBook D14 Dan MateBook D16 Baharu Diumumkan Dengan CPU Intel Raptor Lake - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei MateBook D14 Dan MateBook D16 Baharu Diumumkan Dengan CPU Intel Raptor Lake


Barisan komputer riba Huawei dikemaskini dengan variasi baharu menerusi MateBook D14 2023 dan MateBook D16 2023. Kedua-duanya diberi nafas baharu untuk berfungsi dengan baik menerusi sokongan CPU Intel Raptor Lake yang mencapai sehingga Intel Core i9-1390H.

Bermula dengan rekaan, kedua-dua komputer riba dilengkapi tubuh sejenis logam bersama bezel nipis yang mengelilingi skrin. Ini dipadankan pula dengan papan kekunci bersaiz penuh bersama sokongan lampu latar terbina yang amat berguna untuk penggunaan di kawasan kurang cahaya. Pada tahun ini. Huawei juga kembali menggunakan kamera web FHD terbina pada papan kekunci.

Seperti namanya skrin sebesar 14-inci digunakan pada MateBook 14 2023, seterusnya skrin pada MateBook 16 2023 pula sebenar 16-inci. Kedua-duanya menggunakan panel sejenis IPS LCD dengan resolusi 1920 X 1200 piksel yang sama, di samping turut menawarkan mod pelindungan mata terbina.

Pilihan CPU sehingga Intel Core i9-1390H diberikan dengan padanan GPU Intel Iris Xe. Memori pula sehingga 16GB LPDDR4x RAM, storan dalaman 1TB SSD M.2 2280 dan menjalankan Windows 11 yang menawarkan antaramuka serba baharu. Bukan itu sahaja, ia juga dimuatkan dengan ciri berbilang tugas yang dipertingkatkan bersama sekuriti lebih baik.

Kapasiti bateri pula berbeza yang mana sebesar 56Wh digunakan pada MateBook D14 2023. Kemudiannya meningkat kepada 60Wh yang disertakan pada MateBook D16 2023. Kedua-duanya juga menyokong teknologi Huawei SuperCharge 65W yang diiklankan mampu mengecas penuh dalam masa setengah jam sahaja.

Melengkapi komputer riba ini juga dua pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Di samping dwi mikrofon terbina dengan pembatalan bunyi untuk kualiti audio lebih jelas. Pilihan I/O terdiri dengan 1 X USB-C 3.2 Gen 1, 1 X USB-A 3.2 Gen 1, 1 X USB-A 2.0, 1 X HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Harga jualan MateBook 14 2023 bermula RMB5099 (~RM3,290), seterusnya meningkat kepada RMB5699 (~RM3,678) pula untuk MateBook 16 2023 dengan konfigurasi yang asas. Tiada maklumat mengenai ketersediaan di pasaran global yang diketahui setakat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.