Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancaran Starship Menggunakan Roket Paling Berkuasa Dunia Ditangguh Ke 20 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancaran Starship Menggunakan Roket Paling Berkuasa Dunia Ditangguh Ke 20 April


SpaceX cuba melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa lepas semalam sebagai langkah pertama memulakan misi ke bulan dan Marikh mereka. Tetapi ujian bersejarah ini ditangguh selepas wujud isu pada sistem bahan api roket Super Heavy yang digunakan.

Pelancaran ditangguh 9 minit sebelum masa pelancaran selepas isu tekanan pada tangki bahan api roket dikesan. Walaupun gagal dilancarkan, ujian semalam digunakan bagi mengumpul dana mengenai bagaimana bahan api boleh dipindahkan ke dalam roket paling berkuasa pernah dihasilkan dalam sejarah. SpaceX kini akan mencuba untuk melakukan pelancaran pada 20 April ini.

Sebanyak 33 roket Raptor digunakan pada Super Heavy yang memberikan tujahan hampir dua kali ganda Space Launch System untuk Misi Artemis. Selain menjadi roket paling berkuasa, sistem Starship dan Super Heavy juga merupakan roket tertinggi dunia dengan ia mencapai 119 meter.

Starship akan menjadi kapal angkasa yang membawa angkasawan swasta SpaceX pergi ke bulan dengan misi Dear Moon sudah diumumkan sebelum ini. Ia juga akan menjadi kenderaan membawa angkasawan pertama mereka ke permukaan Marikh kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.