Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerata Elektrik Super BYD YangWang U9 Boleh Melompat Dan Dipandu Menggunakan Tiga Tayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerata Elektrik Super BYD YangWang U9 Boleh Melompat Dan Dipandu Menggunakan Tiga Tayar


Kereta elektrik adalah lebih berat berbanding kereta berkuasa petrol. Ini adalah sebab mengapa di masa hadapan apabila ia digunakan secara lebih meluas, struktur parking bertingkat boleh roboh kerana melebihi had rekaan asal. Sungguhpun begitu kereta elektrik super, BYD YangWang U9 yang baru dilancarkan minggu ini hadir dengan kemampuan melompat sehingga dua inci sekiranya diperlukan.

BYD YangWang U9 dilengkapi sistem suspensi aktif DiSus-X yang berubah mengikut keperluan dan kelajuan kenderaan. Kerana ia boleh melakukan perubahan ketinggian kenderaan dengan pantas, ia boleh melompat apabila diarahkan. Pihak BYD tidak pula mengatakan apakah kegunaan ciri ini tetapi mengingatkan kami kepada kereta Mach 5 daripada siri animasi Speed Racer.

Sistem suspensi ini juga membolehkan kereta ini dipandu menggunakan hanya tiga tayar. Ciri ini lebih praktikal kerana boleh digunakan ketika kecemasan jika tayar pancit atau meletup. Kenderaan boleh diletakkan ke bahu jalan atau dipandu ke pusat perkhidmatan yang berdekatan. Ketika diumumkan, BYD YangWang U9 ditunjukkan menari di atas pentas seakan kereta Lowrider yang popular di Amerika Syarikat.

YangWang U9 dilengkapi empat motor elektrik yang membolehkan pecutan dari 0-100 kmj bawah dua saat dan turut dilengkapi yang memberikan jarak perjalanan sehingga 700 km sekali caj.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.